UPU lepasan Diploma
Tahniah kepada mereka yang dapat Universiti dan Course pilihan! Aku tak ambil penerapan which is Applied Microbiology, jadi selepas berbulan menunggu, akhirnya dapat juga tahu keputusan Upu untuk degree nanti. Funny thing is aku sambung course di bawah fakulti sama dengan Applied Microbiology iaitu Fakulti Sains Gunaan! Jadi aku akan jadi budak Shah Alam selepas ini, since member diploma aku ada yang dah sambung penerapan jadi adalah similar faces yang aku boleh jumpa (kot) Aku tak nak bagitahu aku dapat apa sebab daftar semuanya tak mula lagi. Nanti bila dah daftar, aku akan share and of course borak pasal Transfer Credits juga sebab aku masih confuse sebenarnya macam mana benda ni jadi. Medical check up aku tak buat lagi. Biasiswa pun aku tak dapat lagi. Semua benda aku tak buat lagi. Sejujurnya, aku rasa aku terlalu chill...satu preparations aku tak buat. Beli baju baru pun tidak, huhu. Peace out, sunny