MAT133 - killing me softly, no?

Sem 1 cuma ada 1 final which is MAT133 - Pre calculus.

Masa sekolah belajar bahasa Melayu. At first, ingatkan belajar matematik in English susah but actually lebih senang nak faham - pendapat saya.

Ada 4 chapter:

0.1 COORDINATES, GRAPHS AND LINES

0.2 FUNCTIONS

0.3 SYSTEMS EQUATIONS AND INEQUALITIES

0.4 TRIGONOMETRY

Hampir kesemuanya dah pernah belajar waktu sekolah  (saya tak fokus waktu sekolah dulu 😝)

Lecturer terangkan dalam bahasa Melayu, no language shock and surprisingly I can survive.

Now aku nak share tips macam mana aku study MAT 133

!TW! Setiap individu ada cara tersendiri untuk belajar, kenal limit masing-masing !TW!


DON'T SKIP

1. Subjek calculations aku kena tengok dan dengar orang mengajar. Aku tak boleh belajar subjek mengira based on baca buku. 

2. Aku lebih engaged nak buat latihan sebab environment aku semua buat latihan. Kalau aku skip kelas, possibility aku tak buat latihan sangat tinggi.


REPEAT

Lecturer aku ada bagi buku latihan. Aku akan buat balik semua soalan.

Contoh:

Isnin: Belajar chapter 1, jadi bila free aku akan buat balik soalan tanpa tengok jalan kira yang aku dah buat sebelum ni. Kemudian, aku compare jawapan baru dan lama aku. Bila ada yang salah, aku akan mark guna pen merah, terangkan sebab kenapa jawapan aku lain.

Fun fact: aku repeat soalan buku ni setiap chapter 3-5 kali. Hardcore kan, sebab waktu sem 1, aku belum adjust dengan kehidupan duduk kolej. (aku budak sekolah harian) Aku rasa rimas dengan semua orang terutama sekali roommate aku (itu dulu, sekarang dah matang 😂) 

Emo gila, pakai headphone dengar lagu Maria - Are You Satisfied. (lawak lah bila ingat balik)

Tak pandang sekeliling, memang aku duduk depan meja buat latihan. Sesetengah orang tak boleh dengar lagu, but me kira-kira selalunya pasang lagu jerit memekak. Adrenaline rush gitu.


PAST YEAR

Yup, rahsia kejayaan dari sekolah. Korang boleh cari soalan past year paper dekat sini.

Soalan dah dapat, jawapan pula tak ada. Aku buat kemudian aku ajak kawan (make sure yang serious nak study) untuk compare and discuss reason jawapan lain. Dari situ, kau boleh ajar dia dan kau boleh check tahap kefahaman kau. Killing two birds in one stones orang putih bilang.

And bila ada yang kau kurang pasti, boleh refer lecturer. Pastikan tak terlampau last minute 😒 time tu semua manusia sibuk mesej lecturer kau. Serabut dia nak jawab. Mesej tanya elok-elok penuh adab. Kadang ada lecturer ajak jumpa, ada terangkan online, voice message. Ikut nasib korang.

And lecturer dari kayangan, buat class revision bincang past year paper. Ni senang sikit kerja kau, tak payah nak teka, syok sendiri jawapan kau betul ke salah. 

So bila dah confirm, repeat kali kedua beberapa hari selepas - check mana yang salah

repeat kali ketiga buat mana yang salah dan yang tak confident.

Repeat berapa banyak kau nak macam mana kau repeat tengok drama favorite kau, macam itulah kau repeat buat past year paper.

Saja nak bagitahu, Kdrama fav aku: It's okay thats love - old but gold. Cdrama: Derailment - yang mana minat Lin Yi mesti tahu punya.


FORMULA

Walaupun formula dia bagi, jangan lah pandang sebelah mata. Make sure kau faham formula ni guna untuk kira apa. FAHAMkan dulu, tak payah nak gelojoh hafal sebab bila kau dah faham, bila kau buat soalan automatik kau tahu nak guna formula mana satu.

Tulis kat kertas, biar berwarna warni asalkan tulisan kau. Sebab bila kau tulis guna air tangan kau, lagi senang kau nak ingat, faham dan hargai. 

Kau buat semua ni insyaallah keputusan untuk TEST dan FINAL kau elok.

Kalau nak tengok soalan dan jawapan TEST 1.


Good luck bunny (official nickname for my readers)

Peace out,

sunny

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

UPU lepasan Diploma

KPP 01

Week 13 - 14