MoD: Muet On Demand

 29 SEP 2024 - tarikh aku jawab Malaysian University English Test (Muet).


Okay, kenapa aku ambil MoD? Jawapan dia, aku tak boleh ambil sesi 2 2024 sebab clash dengan final. And aku tak nak ambil sesi 3 - tak sempat untuk penerapan. Aku pun ambillah MoD. 

Tempat boleh pilih sendiri, obviously aku ambil paling dekat dengan rumah. Lagi satu, keputusan ambil masa 3 minggu sahaja dan akan dihantar ke alamat rumah. Cuma, bayar lebih sikit dari biasa. Harga dia RM 250 sahaja.

Aku sampai dalam pukul 7:35 pagi. Aku buat kat university swasta. Mula-mula dia check aku punya slip Muet dan IC kemudian dia bagitahu location. Aku pun naiklah lift ke tingkat 4.

Bila aku masuk, ada 3 group dalam dewan. Group A,B,C. Aku pun duduk dekat meja yang dah ada nama aku. 

Paper 1: READING

Rate: ⭐⭐⭐

Fyi, paper ni aku paling banyak buat diorang punya past year. Selama 75 minit diberi, aku ada baki 10 minit nak recheck jawapan aku. Aku stuck dekat soalan yang isi tempat kosong. Banyak soalan tricky, berbelit kena baca banyak kali nak hadam. Aku tak confident dengan jawapan aku sebab ada yang direct aku hitamkan 'A'. 


Paper 2: WRITING

Rate: ⭐⭐⭐⭐

Surprisingly, aku boleh menulis tanpa stuck-stuck. Aku tak buat banyak sangat latihan sebab aku malas nak tulis-tulis ni 😖Task 1: Write an email. Macam biasa scenario kawan aku minta suggestions and cerita pengalaman dia bercuti. Aku goreng je. Task 2: Essay pasal 'Youngsters lack of opportunity to enjoy reading.' Ini aku tulis je apa yang terlintas dalam kepala. Aku macam faham macam tak, aku pun tak tahu sama ada aku menjawab atau tak. Time aku paragraph 2, masa tinggal 30 minit. Aku pun siapkanlah isi kedua dan terus tulis conclusion. Jadi, aku cuma ada 4 paragraph je sebab memang tak sempat. Hurm, harap baik-baik sajalah grammar, structure, language aku huhu.


Paper 3: LISTENING

Rate: ⭐⭐

Voice recording jelas tapi hapak percakapan diaorang tak berbunyi English. Sudahlah, sambil dengar sambil kena hitamkan jawapan. Aku pening fokus apa yang dia borakkan. Slang British, Indian, Singaporean - aku tekun dengar sampai pening kepala aku. Aku dahlah senang sakit kepala. 


Paper 4: SPEAKING

Rate: ⭐

Nota kaki: Aku tak kenal seorang pun dekat sini. (Vibes private candidate) Aku group C1 means pukul 2. Aku segroup dengan 2 lelaki Cina dan 1 orang Melayu. Sebelum masuk bilik, bincanglah dulu siapa nak jadi tukang intro dan conclusions for speaking Task 2. Aku jadi tukang buat conclusions.

Masuk saja bilik, aku disapa dengan 2 orang juri. Seorang duduk hujung kanan, seorang duduk hujung kiri seperti magnet yang sama kutub. Aku pun duduk. Tangan rasa dingin tapi masih boleh kawal lagi intonasi suara. 

Task 1 aku dapat jobs to suggest for your friends during semester break. And aku kena suggestkan dia as cashier. Dia sediakan sehelai kertas untuk aku tulis isi dalam masa 2 minit. Habis 2 minit, juri kawal masa suruh aku stop menulis dan cakap. Aku pun bebel, otak aku blank aku tak tahu apa benda aku cakap. 

Task 2 kitorang kena debate based on mind map which one is the greatest benefit part time job. Group aku semua nampaklah gugupnya, cakap melalut and setiap patah mesti ada urm- hurm- er-

Aku pun sama je. But nasib baik aku rasional bila nak buat conclusions. But aku still tak puas hati dengan performance aku time speaking. Sebab bila aku bebel seorang diri, elok je English aku. Aku yapping fluently. 

Dalam pukul 2:50 petang, kitorang dah habis. Masing-masing tarik senyum lega. But, aku kena tunggu member aku yang turnnya pukul 3:30 jadi aku pun duduk lah dekat lobi. Borak-borak dengan kawan baru sampailah member (aku baru kenal juga) siap and kitaorang balik sama-sama.


Nanti bila aku dapat keputusan yang bagus (SEMOGA BAND 4 AND ABOVE) aku akan share tips insyaallah. 


peace out,

sunny

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

UPU lepasan Diploma

KPP 01

Week 13 - 14