My limit for revisions per day: 2 hours maximum. Aku target 2 jam sahaja sehari untuk ulang kaji. Sebelum aku hujah lebih, ada beza ulang kaji dan belajar. Context aku di sini ialah ulang kaji di mana aku dah faham materials, dan aku cuma active learning untuk pastikan aku tak lupa benda aku dah belajar.
Sedikit info about curve learning:
Based on gambar ini, lagi banyak kita ulang lagi senang kita nak ingat. Ini lah cheat codes for our brain, sadly kita perlukan repetitions untuk ingat lama. Tiada siapa yang sukakan benda yang kena ulang banyak kali tapi ini realiti kita semua kena telan.
Ingatan aku tak kuat dan aku sangat bergantung pada active learning method. Ada banyak jenis learning method seperti active recall, space repetition, dumping, explain to others etc.
Methods melekat dengan aku: active recall dan space repetition.
Ini aku share berapa banyak aku spend untuk revisions bagi 3 tests aku waktu week 6. (From 4 to 14 NOV)
Ini termasuk aku buat assignments sebab itu ada 3 - 4 jam. Lagi dekat nak ujian, lagi sikit masa aku revise. Test aku pada 11 NOV dan 14 NOV.
Aku buat active recall methods - flashcard, quiz, test. Aku buat sendiri ye, based on lecture slides and during class lecturer share stuff yang tak ada dalam notes.
Korang boleh buat digital atau fizikal. Macam-macam cara boleh (research and try your own to see which methods sesuai)
Lepas dah siap revisions materials, space repetitions phase. Okay week 1 tu hardcore sikit sebab otak masih tengah adjusts. Dah masuk week 2, aku dah dapat ingat dan jawab lebih cepat.
Aku harap korang fahamlah apa benda aku nak cuba sampaikan, boleh search Youtube - Ali Abdaal untuk tahu lebih lagi. By the way, app aku guna untuk record study masa ialah Yeolpumta. Aku tak guna pomodoro style, aku record time sebab aku nak tahu berapa banyak aku spend untuk study huhu😌Selalunya, orang lagi lama study lagi suka tapi aku lagi sekejap aku spend, lagi suka. Sebab kito ni suka tidur, buat hal lain. Malas bertempat namanya. Apa pun, ini bergantung pada individu, you do you asal teknik belajar menjadi.
peace out,
sunny
Ulasan
Catat Ulasan