WEEK 6 - half serabut

MIC 7

Thankfully 2 tests postpone to week 7, after semester break. Jadi week 6 aku ada 3 tests: ENT 300 , MIC 341 dan MIC 315.

Barai dengan ENT sebab 7 chapters dan jawab secara face to face. Last semester, diorang jawab online so faham-fahamlah. Aku tembak sebab banyak sangat nak baca theory je. 30 questions T/F and 30 questions MCQ. 

MIC 341 ada 3 chapters, since this code banyak membaca dan menghafal aku tak ada masalah sangat sebab soalan akan direct. Test 1 jam 30 minit ada 10 soalan short answer. Aku jawab alhamdullilah dilancarkan tapi aku tidak sangka akan keluar soalan dari experiment. 6 markah pula tu, aku goreng jelah dengan ingatan beberapa minggu lepas waktu conducted that experiment. The question: Laboratory tests to detect UTI. Aku tembak-menembak goreng dan aku keluar awal 😴 sebab lagi lama duduk lagi tak keruan mental. 

Lab reports MIC 341 submit week 7 dan ada 5 reports yang masih belum ditulis sebab semua orang serabut nak settlekan satu-satu. Sekarang ni, week 6 memang fokus dekat study untuk exam je. Masak cuti semester bawa beban balik, siapkan semua reports tergendala dan study untuk 3 tests for week 7. 

MIC 315 ada 2 chapters, short answers. Ini alhamdulillah urusan dipermudahkan dan aku keluar awal sebab mood barai nak mati. Malas nak hadap manusia baik angkat kaki dulu terus balik, baring atas katil.

Aku rasa sempit sangat week 6 sebab banyak benda nak kena buat but at the same time tak tahu nak mula dari mana sebab 1) group projek - aku kena considerate dengan group members sebab semua nak fokus study, jadi aku tak boleh bincang pasal reports dan seangkatan dengannya. common sense itu penting ya untuk hidup. 2) feedback - individual projek aku perlukan feedback dari lecturer baru aku boleh proceed BUT lecturer aku tak reply lagi dan aku menunggu hari Isnin untuk tanya dia semula. Aku bukan jenis chat lecturer di luar office hour sebab aku memang macam tu. Entah lah. Jadi, aku mampu membazirkan masa dengan tengok drama and movie yang sekerat gantung sebab aku sangat cerewet bila nak layan sesuatu.

Aku sekarang dah dekat rumah untuk cuti mid semester. Get ready for week 7, harap semuanya dipermudahkan. 

peace out,

sunny

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

UPU lepasan Diploma

KPP 01

Week 13 - 14