Penerapan Degree - Part 1
2/12/2024 last day nak isi borang penerapan bagi sarjana muda dan profesional.
Apa itu penerapan?
Penerapan khas untuk budak UiTM yang nak sambung UiTM, cepat, kurang saingan dan boleh skip semester kalau sambung course ada kaitan dengan course sebelum ini.
Aku isi last minute sebab tak tahu nak isi apa. Ingatkan Fakulti Sains Kesihatan (FSK) ada untuk penerapan, rupanya tidak. Siapa nak ambil FSK kena isi UPU nanti which is tahun depan, 2025 (tak pasti bulan berapa)
Aku pun tengoklah senarai course yang ada, banyaknya aku tak berkenan jadi aku cuma letak 1, Applied Microbiology. Untuk penerapan boleh isi 3 course yang kau nak tapi aku isi 1 je dan sejujurnya aku tak tahu nak sambung applied microbiology atau tak.
Tapi kalau aku sambung applied microbiology, aku masuk awal like habis je diploma microbiology aku cuti sekejap dan terus masuk sem 2/3 (tak pasti). Cut masa lah kat situ. And UiTM degree applied microbiology ini cuma ada dekat Shah Alam.
Sem 3 nanti ada 3 cabang boleh pilih. Medic / Industry / Plant. Aku tak research lebih pasal degree ni jadi ini jelah yang aku tahu.
Aku plan nak isi UPU juga sebab aku masih tak nampak pathway aku nak ikut. Dan aku masih mencari sama ada nak ambil pinjaman atau biasiswa, aku sekarang ini memang just follow the flow :)
Nak isi penerapan ini diorang perlukan korang punya SPM, Muet result, Kokurikulum waktu tingkatan 5 dan benda basics like gaji parents, alamat semua benda alah tu. Lagi satu, nombor pin BSN.
Aku beli kat bank (ada orang kata boleh beli online tapi aku tak tahu), cara nak beli dia senang je.
1) Masuk bank BSN - pergi kat mesin nombor giliran
2) Pilih 'pelbagai'
3) Pilih 'pembelian no pin'
4) Tunggu giliran dipanggil
5) Bagi IC dan number telefon
6) Sediakan cash RM 10
Cakap kat dia nak nombor pin untuk program penerapan diploma ke sarjana muda. Nanti dah selesai, korang akan dapat kertas yang ada nombor pin korang.
1) Log in StudentPortal
2) Pilih Appeal for continuation studies
3) Pilih Program Sarjana Muda
4) Masukkan nombor pin BSN
peace out,
sunny

Ulasan
Catat Ulasan